Saturday, January 4, 2014

Halaqah : Hadis 5 fasa masa

HALAQAH (3 Jan. 2014)

Moderator: Ust Syed Norhisham Tuan Padang
Panel: Ust. Heryanto Rizal & Ust. Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

Pointer:
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad

FASA 1

- Fasa kenabian – di saat Rasulullah ditengah2 umat
- Fasa berakhir dengan kewafatan Rasulullah SAW, fasa terangkat dengan izin Allah dan bermula fasa berikutnya

FASA 2

- Fasa Khilafah – islam ditegakkan di atas jalan Allah mengikut ajaran yang ditinggalkan Rasulullah SAW.
- Fasa Khulafa’ Ar Rashidin
- Ada hadith yang menyebut Fasa ini berjalan selama 30 tahun dan setelah para ulama’ buat perkiraan, 30 thn tamat setelah zaman Khalifah ke4 – Saidina Ali Abi Talib tamat.

FASA 3

-Fasa pemerintahan yang menggigit (dengan geraham)
- Zaman pemerintahan Ummayyah -> Uthmaniah
- Zaman ini penyangak & kezaliman telah byk tapi undang-undang islam masih tertegak

FASA 4

-Fasa pemerintahan diktator, pemerintahan berdasarkan kuasa dan kekuatan
- Kezaliman & penindasan berleluasa
- Kita sekarang di fasa ini
- Ciri-ciri :
  # ciri-ciri pemerintahan islam tiada dalam fasa ini
  # terlalu byk ideology
 # pemisahan kehidupan & agama, kehidupan & agama, kewangan & agama
 # pemisahan mutlak
 # kemuncak kezaliman & penindasan, yg kuat menindas yg lemah, yg lemah seolah2 tkde hak
- Riwayat : peristiwa setelah Umar Abdul Aziz memerintah, ade yang berpendapat fasa 4 telah tamat, tp setelah tamat pemerintahan Umar Abdul Aziz bila penindasan & kezaliman berleluasa semula, para ulama’ sependapat fasa ini belum berakhir.

FASA 5

-dipanggil juga janji gembira, fasa di mana ummah akan dikembalikan kepada fasa pemerintahan khalifah seolah-olah Rasulullah hadir di kalangan kita.
**************************************************************************************

Peringatan : walaupun kita berada di fasa ke 4 tak bermakna perlu menerima sahaja keadaan semasa, tapi inilah masa utk kita membuat persiapan bagi sama-sama berusaha kea rah fasa ke 5


Seperti lahirnya Muhamad Al Fateh yg membuka Konstantinapol, spt juga Salahudin Al Ayubi yang berjaya membuka semula kota Jerussalem, yang tidak terlahir dengan sekelip mata. Tp terlahir atas usaha, kesungguhan & kepercayaan umat islam di zaman Muhamad Al Fateh & Salahuddin serta umat sebelum zaman kemenangan mereka atas janji-janji Allah & Rasulnya. Kini giliran kita pula utk berusaha kearah itu. Jadi apa sumbangan kita?

No comments: